Saksikan PUBG Mobile Super League SEA Spring Finals secara langsung hujung minggu ini!

PUBG Mobile Super League Asia Tenggara Musim Bunga 2024 sudah menamatkan peringkat liga 10 Mac lepas.

Kini 16 pasukan bakal berentap di Grand Finals pada 15-17 Mac di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor

Acara Grand Finals akan bermula pada jam 4.45 petang sehingga 10 malam untuk ketiga-tiga hari.

16 pasukan yang layak untuk PMSL SEA Spring Finals dan disertai pasukan Malaysia seperti GeekFam, SEM9 dan Yoodo Alliance.

16 Pasukan dalam PMSL SEA:

PMSL SEA Spring 2024 juga memperkenalkan Republic of Gamers (ROG) sebagai penaja rakan telefon rasmi, TTRacing sebagai kerusi rasmi dan Tropicana Gardens Mall sebagai lokasi rasmi acara.

Peminat PUBG Mobile boleh menyertai acara ini secara percuma pada 15-17 Mac ini bermula pada jam 4.30 petang di Main Concourse, Tropicana Gardens Mall.

RELATED NEWS

+