Pasukan profesional PUBG Mobile, Yoodo Gank masih mengekalkan ranking nombor satu setakat hari keempat, minggu pertama Liga Profesional PUBGM (PMPL) Musim Kedua yang sudah berlangsung sejak Rabu.
Sebanyak 153 mata dikumpulkan dan 79 mata bunuh dicatatkan buat pasukan ini walaupun hanya satu Winner-Winner Chicken Dinner didapatkan.
Pasukan J8 Esports juga tidak kurang hebatnya menyusul di belakang dengan 142 mata keseluruhan dan 64 mata bunuh. Bagi Team Scret dan Resurgence, mereka konsisten dengan meraih 137 dan 127 mata. Team Secret kekal dengan bilangan WWCD tertinggi setakat hari keempat ini.
Geek Fam dan EVOS yang tidak meraih WWCD juga konsisten di halaman pertama dengan 102 dan 99 mata keseluruhan.
Di halaman kedua pula, skor keseluruhan tidak banyak memberikan perbezaan kerana pasukan kesembilan hingga kelimabelas masing-masing berbeza jarak antara 15 mata.
Satu-satunya pasukan wanita, Powerpuff Girls (PPG) di tempat ke-20 dengan 58 mata selepas raih dua WWCD di Vikendi. Sementara itu, FlashVision di tempat terakhir dengan 38 mata keseluruhan.
Perlawanan-perlawanan terakhir minggu pertama ini akan berlangsung lebih awal bermula jam 12PM bagi Super Showmatch.
PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.
Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.
Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.
Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.
Foto: PUBG Mobile