PMPL: Ezzy sambar Chicken Dinner di Sanhok, 19 mata bunuh

Peta Sanhok menyaksikan pertembungan sengit bagi pasukan-pasukan yang tak pernah meraih WWCD. Ezzy, aKa, NRL dan Kingsmen berebut mendapat placing pertama di bulatan terakhir itu.

Pasukan aKa dengan empat pemain membaling bom berulang kali namun gagal menemui sasaran. Ezzy pula menyorok di sebalik batu.

Dengan 19 mata bunuh, Ezzy berjaya menutup perlawanan hari ini dengan begitu cemerlang. Tahniah buat mereka!

PMPL MY/SG Musim Kedua menawarkan hadiah terkumpul RM625,000 yang direbut 24 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Ia dijalankan selama empat minggu bermula 19 Ogos hingga 27 September.

Lihat perlawanan epik berlangsung di Facebook rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+