S2G Esports adalah juara PMGC 2022

Pasukan Turkiye, S2G Esports berjaya muncul juara kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) 2022 selepas mengumpulkan keseluruhan 190 mata di pusingan akhir (peta ke-18).

Mereka meninggalkan pasukan Nepal, DRS dengan 158 mata di tempat kedua dan A7 dari Brazil dengan 156 mata. Tahniah diucapkan!

Dengan kemenangan ini mereka membawa pulang wang tunai terkumpul RM1.76 juta.

Sementara itu, pasukan Malaysia, Geek Fam berpuas hati di tempat kesepuluh sekali gus membawa pulang wang tunai RM656,000.

PMGC 2022 diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Jakarta International Expo, Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by S2G E – SPORTS (@s2gespor)

RELATED NEWS

+