PMPL SEA: 4Rivals di tempat kedua liga, Geek dan Axis menyusul

Liga Perdana PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) musim keempat kini semakin hangat dengan persaingan untuk mendapatkan tempat pertama di peringkat liga bagi melayakkan diri ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC).

Setakat hari pertama super weekend terakhir, pasukan EVOS Reborn masih berada di tangga teratas dengan pengumpulan mata sebanyak 338. 

Sementara itu, pasukan 4Rivals hampir mengejar pasukan EVOS dengan jurang perbezaan mata sebanyak 16 sahaja. Manakala pasukan Geek Fam dan Axis Redone masing-masing hampir mendapatkan 300 mata untuk mengejar pasukan di atas.

Masih berbaki 2 hari saja lagi untuk penentuan juara peringkat liga PMPL SEA kali ini. Bagi pasukan yang menjadi juara liga, mereka akan mendapat slot ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC).

Dapatkah pasukan Malaysia mengumpul mata untuk mendapatkan tempat pertama di dalam peringkat liga hari ini? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+