PMPL SEA: Faze Clan berjaya ke PMGC, muncul juara peringkat liga

Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) menyaksikan pasukan Malaysia akan bertarung dengan 16 pasukan yang lain bagi merebut gelaran juara.

Pemenang bagi peringkat liga akan mendapat slot ke PMGC serta peringkat final bersama 15 pasukan yang lain.

Pasukan Faze Clan dari Thailand berjaya muncul juara selepas mendapat pengumpulan mata sebanyak 441. Malang sekali buat pasukan 4Rivals, mereka hampir berjaya mendapatkan tempat pertama dengan 398 mata.

Pasukan Malaysia masih boleh mencuba nasib mereka ke PMGC di peringkat final. Akan ada tiga slot ke PMGC di peringkat final nanti.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Faze Clan, mereka sangat angresif di minggu terakhir super weekend. Mereka akan menyertai The Infinity untuk menjadi wakil Thailand ke PMGC nanti.

Foto: Faze Clan TH

RELATED NEWS

+