PMPL SEA: Kesemua pasukan Malaysia berjaya layak ke Super Weekend

Empat pasukan dari Malaysia akan menjadi wakil negara bertanding di dalam liga Asia Tenggara PUBG Mobile (PMPL SEA) untuk merebut wang hadiah terkumpul serta slot untuk ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC).

Walaubagaimanapun, Team Secret sudah mendapat slot mereka selepas mereka berjaya mengumpul mata untuk berada di kedudukan pertama mata PMGC (Malaysia).

Hari kedua di peringkat weekdays menyaksikan pasukan Malaysia terutamanya Geek Fam dan Team Secret mendahului carta di dalam top 10.

Manakala pasukan Axis Redone dan 4Rivals kurang menyengat pada hari kedua. Namun begitu, kesemua pasukan Malaysia berjaya layak untuk bermain di super weekend.

4Rivals hampir gagal untuk mendapat slot ke super weekend akan tetapi mereka berjaya mendapatkan tempat ke-15 dengan mata terkumpul sebanyak 55.

Selain itu, pasukan BTR juga layak ke super weekend selepas prestasi yang agak baik pada hari kedua ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan Malaysia dan selamat maju jaya di peringkat super weekend.

Foto: PUBG Mobile Esports Malaysia

RELATED NEWS

+