Pokemon Concierge siri stop-motion dari Netflix dan The Pokemon Company

Netflix semalam mengumumkan Pokemon Concierge, satu siri stop-motion dengan kolaborasi The Pokemon Company.

Bersempena Hari Pokemon, siri ini adalah kolaborasi pertama diantara Pokemon dan Netflix.

Bagi membesarkan lagi dunia Pokemon, Pokemon Concierge menceritakan Haru sebagai Pengurus Hotel di Pokemon Resort.

Anda akan dapat melihat interaksi Haru dengan Pokemon dan juga pemilik mereka sebagai tetamu Pokemon Resort.

Iklah acah ini menunjukkan Haru dan mungkin Psyduck miliknya.

Pokemon Concierge membawa visual baharu dalam dunia penceritaan dengan menggunakan animasi stop-motion.

RELATED NEWS

+