Netflix dilaporkan akan tawar permainan video di platform, kata Bloomberg

Menurut Bloomberg, Netflix dilaporkan sudah mengambil langkah pertama ke dalam industri permainan, membawa masuk bekas eksekutif Electronic Arts Inc dan eksekutif Facebook, Mike Verdu ke dalam pasukan untuk memimpin usaha itu.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Netflix sudah menyatakan keputusan untuk pembangunan ini. Mereka sudah mendekati beberapa pakar industri permainan video pada bulan Mei ketika ia sedang mempertimbangkan “bundle” permainan. 

Kini, syarikat itu merancang untuk menambahkan permainan video ke perkhidmatannya mulai tahun 2022. Selain itu, Bloomberg juga melaporkan bahawa Verdu, yang sebelumnya bekerja di Facebook untuk membawa permainan ke peranti Oculus akan bergabung dengan Netflix sebagai naib presiden pembangunan permainan. Beliau akan bekerja di bawah Ketua Pegawai Operasi Syarikat, Greg Peters.

Langkah ini adalah pengembangan yang sudah direncanakan oleh Netflix selama bertahun-tahun, kerana pada tahun 2019, syarikat itu menyatakan bahawa pesaing utamanya adalah Fortnite Epic Games, bukan perkhidmatan penstriman lain.

Netflix juga sudah berkembang dengan lebih banyak kandungan berdasarkan permainan video, seperti siri DOTA: Dragon’s Blood dan The Witcher yang sudah dilancarkan sebelum ini. Ia juga termasuk siri animasi League of Legends, Arcane yang akan datang dalam masa terdekat ini.

RELATED NEWS

+