Pokemon Masters."> Pokemon Masters." /> Pokemon Masters." />

Pokémon Masters: Pra-Pendaftaran Dibuka Di Android & iOS, Lancar Pada Ogos Ini

Pokémon kini aktif menghasilkan game mobile daripada Pokémon GO sehinggalah ke Pokemon Masters.

DeNA dan The Pokémon Company telah mengumumkan pra-pendaftaran bagi Pokémon Masters di Apple App Store dan Google Play Store. Pelatih-pelatih Pokémon Malaysia boleh daftar di Android dan iOS.

Dalam Pokémon Masters, korang adalah salah satu peserta yang menyertai Pokémon Masters League (PML) bersama Pokémon pilihan hati korang. Pemain berhadapan dengan pelatih-pelatih Pokémon seperti Brock dan Onix atau Rosa dan Snivy.

Korang akan bertarung dengan pelatih Pokémon dalam bentuk permainan 3 vs 3 dan pertarungan ini agak sama seperti sistem Battle dalam Pokémon GO. 

Pokémon Masters dijangka bakal hadir pada 29 Ogos 2019 untuk Android dan iOS.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+