5 permainan video untuk memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda

Sambutan Hari Raya Aidilfitri mungkin akan lebih meriah dari tahun-tahun lepas.

Sudah semestinya anda boleh memeriahkan Hari Raya anda dengan banyak permainan video dalam talian ataupun ketika mengunjungi rumah saudara mara ketika Aidilfitri.

Ini antara permainan video anda boleh main menjelang lebaran:

1. MOBA di peranti mudah alih

Mobile Legends: Bang Bang, Pokemon Unite dan Wild Rift sudah semestinya akan menjadi permainan video utama anda untuk berkumpul bersama.

Pokémon UNITE | Pokémon UNITE official website

Bukan sahaja Mobile Legends tetapi permainan mudah alih MOBA lain juga menawarkan gameplay lebih seronok dan corak permainan berbeza.

Bang for the buck: Mobile Legends Bang Bang | The Star

2. UNO! Mobile

Sudah semestinya Uno boleh menarik minat sesiapa sahaja untuk bermain bersama.

Anda boleh muat turun UNO Mobile di App Store dan Google Play Store.

3. Jackbox Party Pack

Permainan ini merangkumi banyak jenis permainan dan sangat sesuai untuk Aidilfitri.

Boleh dimainkan oleh semua ketika berkumpul bersama saudara mara.

Setiap individu boleh menggunakan telefon untuk bermain.

Banyak sebenarnya permainan yang wujud dari fakta-fakta pelik dan permainan pelbagai jenis.

4. Mario Kart 8 Deluxe

Khas untuk pengguna yang mempunyai Nintendo Switch di luar sana.

Paling penting anda ada alat kawalan yang secukupnya kerana empat orang sudah cukup untuk bermain bersama-sama.

Lebih seronok, anda boleh menggunakan karakter Mario kegemaran anda.

5. LEGO Star Wars The Skywalker Saga

Lego Star Wars The Skywalker Saga menceritakan semula penceritaan Star Wars legasi Skywalker dari awal sehingga habis.

Walaupun hanya boleh bermain seramai dua orang sahaja tetapi masa yang diluangkan bersama keluarga lebih penting.

The Skywalker Saga juga akan menawarkan penceritaan baharu versi Lego yang sentiasa memberikan anda gelak ketawa.

Permainan video apa lagi yang anda sesuai untuk mewarnai Aidilfitri anda?

RELATED NEWS

+