Pokimane ingin mengurangkan bermain VALORANT kerana dua isu ini

Imane Anys, atau lebih dikenali sebagai Pokimane antara peminat terbesar penembak taktikal Riot Games iaitu VALORANT sejak permainan itu dilancarkan pada bulan Jun 2020. Malah beliau mengambil masa untuk bermain sehingga mencapai kedudukan Immortal, antara kedudukan kompetitif yang tertinggi dalam permainan.

Pada penghujung Oktober, Anys memberitahu bagaimana beliau suka pada permainan membawanya mencapai pangkat Immortal. Mengenai dedikasinya kepada VALORANT, beliau menjelaskan: “Saya seronok bermain kompetitif dalam permainan itu. Saya rasa saya dapat melihat kemajuan yang benar-benar terasa baik, terutamanya kemajuan dalam sesuatu yang pada mulanya anda tidak tahu apa-apa,”

Walaupun streamer itu masih menyukai permainan itu, Anys mempunyai beberapa kritikan mengenainya, terutamanya dengan beberapa suasana ‘toksik’ yang mengelilingi rakan sepasukan secara rawak.

“Saya sangat menyukai VALORANT, tetapi saya sering merasakan hidup saya akan lebih baik jika kurang bermain. Mendedahkan diri saya kepada empat pemain lain yang kurang beradab dan seksis setiap perlawanan adalah meletihkan,” tulis beliau di akaun Twitternya

Streamer itu menerangkan tentang budaya ‘toksik’ dan seksisme yang beliau hadapi pada masa lalu semasa bermain permainan video lain secara kompetitif dan ia menjadi sesuatu yang masih jelas walaupun dalam permainan lain.

Peminat-peminat beliau mengharapkan bahawa beliau akan pulang kepada VALORANT tidak lama lagi kerana streamer itu suka akan permainan penembak taktikal itu.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+