Baru-baru ini, streamer di Twitch, ‘Pokimane’ Anys membuat satu pengumuman dengan projek baru.
Pokimane mengumumkan sebuah syarikat baru bernama RTS.
RTS adalah agensi yang akan membantu individu yang mahu mengubah atau membuat perniagaan berkaitan permainan video.
Pokimane sendiri akan menggalas posisi sebagai Ketua Pegawai Kreatif (CCO)
i’m so happy to announce the launch of my talent management + brand consulting firm, RTS! 😄
our goal is to make creators lives easier & help companies integrate into gaming! 🎮
check it out @ https://t.co/LXPa1IpPYxhttps://t.co/gBcngaQNdJ
— pokimane (@pokimanelol) October 27, 2021
Apakah objektif penubuhannya? pertama, RTS dikatakan komited untuk membantu anda melangkah jauh, membuka peluang baru dan juga membantu kehidupan anda sebagai seorang pencipta kandungan dengan menawarkan khidmat pengurusan.
Kedua, RTS juga akan memberi fokus kepada banyak jenama di luar sana yang mahu membantu komuniti permainan video dan menambahkan penyertaan.
Ketiga, RTS akan bekerjasama dengan penerbit, organisasi e-sukan dan pelbagai perniagaan permainan video yang lain secara langsung.
Syarikat ini mempunyai sedikit pemilikan dengan EVO yang juga pertandingan terbesar untuk permainan video berlawan (fighting).
RTS masih baru namun ramai orang dan peminat menyambut baik pengumuman ini dari Pokimane.