GTA6 kemungkinan besar ‘mengecewakan’, menurut penganalisis

Grand Theft Auto V adalah salah satu permainan yang sangat popular dalam kalangan pemain serta penstrim atas kebebasan dunia terbuka serta kandungan yang boleh diubahsuai.

Atas sebab ini, permainan ini mampu bertahan dengan gagah sejak tarikh pelancaran asalanya iaitu 17 September 2013. Namun, permainan yang hampir berusia satu dekad ini sudah mula menunjukkan usianya dan pemain sudah menanti siri seterusnya dari permainan itu.

Seorang penganalisis yang kerap memberikan cerapan tentang Rockstar baru-baru ini berkongsi beberapa pendapatnya di Twitter. Penganalisis itu yang bernama AccNGT menotakan tiga pendapat tentang pembangunan Grand Theft Auto 6.

Pertama, bermula dengan mesej yang menyatakan bahawa ‘sesetengah orang tidak menyedari betapa huru-hara perkembangan itu.’

Ia tidak jelas siapa yang AccNGT maksudkan dengan ‘sesetengah orang’, sama ada beliau memaksudkan peminat, atau pengkritik, malah ia boleh jadi mereka yang berada dalam studio pembangun itu dan apa yang beliau maksudkan dengan ‘huru-hara’ yang boleh bermakna ketinggalan jadual, panik atau apa-apa isu lain.

Nota kedua menyatakan bahawa ia agak mengecawakan bagi sesetegah pemain. AccNGT mengesahkan bahawa ia bukan tentang grafik Grand Theft Auto 6 kerana ia jelas akan kelihatan cantik, tetapi beberapa aspek permainan akan mengecewakan. Ia mungkin merujuk kepada jalan ceritanya atau komponen permainan atas taliannya.

Akhir sekali, AccNGT menotakan bahawa jika Grand Theft Auto 6 diumumkan pada 2021 atau pada awal 2022, ia boleh menjadi masalah. Beliau tidak menghuraikan perkara ini, tetapi implikasinya adalah permainannya yang belum siap tetapi dilancarkan lebih awal daripada jadual pembangunan permainan itu.

Kali terakhir ia berlaku dalam industri permainan adalah dengan Battlefield 2042 dan ia bukanlah sesuatu yang boleh pemain banggakan.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+