Prekuel Final Fantasy VII, Crisis Core kembali selepas 15 tahun – REUNION

Semasa sambutan ke-25 tahun Final Fantasy VII, Square Enix mengembalikan salah satu siri FFVII yang tidak disangka iaitu Crisis Core.

Keluar pada tahun 2007 di pelantar PlayStation Portable (PSP), permainan ini masih mempunyai ramai peminat.

Crisis Core menceritakan mengenai Zack yang menjadi Soldier baru bersama-sama soldier veteran hebat seperti Angeal, Sephiroth dan Genesis.

Crisis Core dikeluarkan bersama-sama promosi Dirge of Cerberus dan Final Fantasy Advent Children.

Sudah pasti ramai juga menantikan babak berlawan yang sangat diingati ramai iaitu perlawanan di antara Angeal, Sephiroth dan Genesis.

Akhirnya lebih ramai akan belajar asal usul pedang ikonik Buster Sword dan bagaimana Sephiroth menjadi jahat.

Crisis Core akan keluar di semua pelantar dari PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series, Xbox ONE dan PC di Steam.

Permainan video ini akan hadir hujung tahun ini ketika musim sejuk.

RELATED NEWS

+