Tiga lagi permainan Final Fantasy Remaster Series sudah dilancarkan di App Store dan Google Play Store

Square Enix, pembangun francais permainan video terkenal Final Fantasy kini sudah melancarkan tiga lagi permainan francais di dalam koleksi Final Fantasy Pixel Remaster Series. Peminat genre JRPG pasti akan mengalami nostalgia dengan corak permainan klasik turn based yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu.

Walaupun ia berada dalam kategori niche, peminat francais itu tidak merasakan ianya akan membosankan meskipun grafiknya tidak seperti zaman sekarang. Square Enix menjanjikan tiga permainan video terbaharu ini akan dikemaskini dengan corak permainan yang baru dan UI yang ditingkatkan.

Pemain juga akan dapat menggunakan fungsi auto battle untuk memudahkan mereka farming musuh-musuh ketika mereka sibuk dengan kerja. Terdapat juga gallery mode di mana para pemain akan dapat mengakses in-game art dan karakter-karakter di dalam permainan. Selain itu, pemain juga dapat mendaftarkan raksasa yang mereka berjaya tumbangkan di dalam monster book.

Anda boleh mendapatkan ketiga-tiga permainan ini di platform App Store dan Google Play Store dengan harga RM49.90 setiap satu permainan. Selamat mencuba!

RELATED NEWS

+