Sony mahu membeli Square Enix – menurut sumber

Sony dikatakan akan membeli Square Enix menurut informasi dari orang dalam.

Pengambilalihan ini bakal menjadi satu transaksi terbesar industri permainan video.

Square Enix baru-baru ini sudah menjual beberapa studio mereka iaitu Crystal Dynamics, Eidos-Montréal, dan Square Enix Montreal kepada The Embracer Group untuk RM1.2 Bilion (AS$300m) termasuklah beberapa harta intelektual besar seperti Tomb Raider dan Deus Ex.

Menurut orang dalam, Square Enix berkemungkinan besar akan dibeli oleh Sony.

Desas-desus ini sebenarnya sudah lama berlaku apabla beberapa teori yang Kojima Productions dan Ubisoft juga akan dibeli oleh Sony.

PlayStation dan Square Enix sudah lama mempunyai sejarah bersama terutama sekali untuk siri Final Fantasy mereka.

Namun khabar angin hanya khabar angin.

Tetapi jika Sony berjaya mendapatkan Square Enix, sudah pasti transaksi ini akan menjadi antara yang paling mahal dalam industri permainan video.

Sumber: Forbes

RELATED NEWS

+