Project NEXT – Lancelot, Odette, Hayabusa dan Kagura revamp serta banyak lagi

Project NEXT daripada Mobile Legends: Bang Bang menyaksikan beberapa perubahan penting yang selama ini dinanti-nantikan. Terdapat dua keutamaan diberikan berdasarkan trailer baharu ini.

Pertamanya, Lancelot, Odette, Hayabusa dan Kagura menerima kemaskini daripada segi visual di mana ia lebih dekat dengan identiti mereka. Selain itu, keempat-empat hero ini menerima perubahan skill yang agak kecil. Sebagai contoh, Odette punya kuasa kedua boleh terkena pada lima hero (berbanding dua sebelum ini).

Kedua, Moonton ingin menjadi antaramuka (UI) lebih mesra pengguna dan selesa dipandang. Antaramuka lebih streamlined, menggunakan warna lebih cerah dan tidak terlalu serabut.

Selain itu, mereka juga mengubah UI pada waktu pemilihan hero. Hero menjadi fokus utama di skrin dengan penggunaan warna lebih cerah pada background text.

Kemaskini ini akan hadir pada September dan pastinya ramai yang menunggu.

RELATED NEWS

+