PUBG di Steam kini digelar PUBG: Battlegrounds?

Krafton bertindak untuk menukarkan nama PUBG di platform Steam kepada PUBG: Battlegrounds.

PlayerUnknown’s Battlegrounds antara nama permainan video paling ikonik untuk ramai para gamers.

Bukan mudah untuk kita melupakan permainan ini dengan akronim yang boleh dikatakan sangat sesuai iaitu PUBG.

PUBG yang mula meletup pada tahun 2017 sudah menjadi fenomena di seluruh dunia.

Malah setakat ini masih ramai orang tidak kenal siapakah PlayerUnknown.

Apa yang membuatkan Krafton menukarkan PUBG ke PUBG: Battlegrounds?

Sudah menjadi PlayerUnknown’s Battlegrounds: Battlegrounds.

Nama seperti ini untuk permainan PUBG sangat tidak masuk akal seolah-olah Krafton sedang mencuba untuk membezakan PUBG di PC dengan PUBG yang lain.

Mengikut Krafton mereka cuba untuk memberi kelainan bagi jenama PUBG.

Mungkin selepas datangnya PUBG Mobile dan PUBG: New State ini membuatkan Krafton terpaksa menukar nama ke nama yang lain untuk perbezaan.

Jika Krafton mahu menerukan lagi “PUBG Universe” seperti penceritaan dan juga kaitan PUBG di platform lain mungkin mereka patut memilih unuk mengekalkan PUBG atau menukarkan sahaja kepada Battlegrounds.

Mungkin PUBG: Battle Royale?

RELATED NEWS

+