Free Fire MCPS Majors Musim ke-5 akan bermula tidak lama lagi

MCPS Majors Musim ke-5 akan bermula tidak lama lagi.

Empat negara bakal berentap di MCPS iaitu Malaysia, Cambodia, Filipina dan Sri Lanka (MCPS).

Free Fire MCPS Majors akan bermula 26 Februari – 15 April.

Pendaftaran kelayakan ini akan dibuka bermula 24 dan 25 Februari ini.

Musim ini, Free Fire MCPS membawa slogan baru #UnitedWeFight bagi menyambut semangat kesukanan e-sukan Free Fire.

Seperti MCPS yang sebelumnya, musim kali ini akan mempunyai empat peringkat iaitu Kelayakan In-Game, Kelayakan Akhir, League Circuit dan Grand Finals.

Pasukan Jemputan Kelayakan Akhir

● HardToGet
● Blacklist International
● Ilustrados Juegos (pernah dikenali sebagai SAF)
● Axis Esports
● Sem9
● Quick Reactions (pernah dikenali sebagai Anxiety)

Pasukan Jemputan Peringkat Liga

● AV Radicals
● Expand
● Farang
● Geek Slate (pernah dikenali sebagai Geek Fam)
● Todak
● Pando EWG

Jangan lupa tarikh-tarikh ini untuk saksikan peringkat kelayakan:

● 24 – 25 Febuari: Pendaftaran In-game Qualifier
● 26 Febuari: In-game Qualifiers
● 5 Mac: Qualifier Finals

Untuk maklumat terkini, ikuti Free Fire Malaysia di Facebook, Youtube, dan Instagram.

RELATED NEWS

+