RampaGe Gaming Layak Ke Kejohanan Asia COD Black Ops 4

Hasil usaha keras sekumpulan anak muda, RamPaGe Gaming akhirnya berjaya layak ke Kejohanan Asia COD Black Ops 4 di Hong Kong, China!

Acara itu yang akan diadakan di CGA Esports Stadium, Hong Kong pada 23 Mac ini menyediakan hadiah wang tunai terkumpul USD20,000 (RM81,480) antara empat skuad COD di rantau Asia.

Di kejohanan utama itu, mereka akan merebut pula pass kelayakan untuk ke open bracket di CWL Anaheim yang juga sebahagian daripada Liga Dunia Call of Duty 2019.

Semalam, mereka berlawan di pusingan kelayakan berdepan pasukan Bye dan seterusnya layak ke semifinal. Di semifinal mereka bertemu skuad FaMe ApeX dan mara ke final sebelum tewas di tangan Love Potion untuk merebut first seed di acara utama nanti.

Tapi mereka tak perlu risau lagi dan boleh menarik nafas lega kerana sudah berada di dalam top 3 (yang merupakan syarat untuk layak ke kejohanan di China).

Tahniah kepada mereka dan semoga berjaya di Hong Kong nanti!

Korang boleh rujuk bracket perlawanan penuh di SINI

Untuk maklumat lanjut tentang RamPaGe Gaming, korang boleh ke laman rasmi Facebook mereka.

RELATED NEWS

+