Call Of Duty: Black Ops 4 Menerima Peta Baru Battle Royale – Penjara Alcatraz!

Selepas sekian lama dilancarkan, akhirnya mod Battle Royale bagi Call of Duty: Black Ops 4 iaitu Blackout akan mendapat peta baru. Arena kedua ini akan mengambil alih di penjara Alcatraz pula.

Ia akan tiba dulu di PS4 pada 2 April dan kemudian untuk platform lain pada waktu akan diumumkan kemudian. 

Sebelum ini, siri Call of Duty lain dah pun menggunakan peta berdasarkan penjara yang popular ini. Peta zombi The Mob of the Dead juga adalah berdasarkan Alcatraz dan akan ada zombi untuk korang bantai di peta Blackout ini juga. Kalau tengok trailer di bawah ini, korang digalakkan untuk menghapuskan musuh menggunakan flamethrower.

Treyarch dan Activision sekarang sedang menghadapi persaingan dari nama-nama hebat seperti Fortnite, Apex Legends, Battlefield V dan PUBG jadi peta baru ini mungkin akan membantu tarik pemain untuk mencubanya. 

Selain peta baru, Blackout juga boleh dimainkan secara percuma bermula 2 April ini dan korang perlukan Xbox Live atau langganan PlayStation Plus untuk bermain di konsol.

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+