Update Terbaru Call Of Duty: Black Ops 4 Menambah Dan Menukar Zombie Elixirs

Call of Duty: Black Ops 4 akan menambah kemaskini terbaru pada Elixirs dalam mod Zombies.

Elixirs adalah pilihan bagi pemain mod ini yang memberikan efek berlainan pada setiap rounds. Empat perks boleh dibawa ke dalam perlawanan pada satu-satu masa dan setiap darinya akan cooldown selepas digunakan. Sekarang sesudah kemaskini ini, pemain mempunyai tiga Elixir baru boleh dipilih.

Ia akan dilancarkan di PlayStation 4 dulu dan di platform lain kemudian.

Elixirs Baru:

Perk Up (Epic): Menerima 4 Perks tambahan yang bukan dalam loadout.

Refresh Mint (Epic): Menghapuskan cooldowns untuk kelengkapan, Perks, dan senjata istimewa bagi seluruh pasukan.

Conflagration Liquidation (Epic): Spawn Bonfire Sale power-up.

Kalau korang perhatikan, Perk Up adalah sangat berkuasa kerana memberikan pemain lebih Perk untuk digunakan, jadi kalau pemain membuang satu atau dua dari loadout, mereka masih boleh berpeluang mendapatkannya dalam permain dengan item ini.

Ini adalah perubahan lain pada Elixir sedia ada dan ia sudah berkuatkuasa di PS4, Xbox One dan akan dilancarkan di PC dalam minggu ini:

Join The Party: Kini menghidupan pemain yang jatuh dan juga yang mati, tapi takkan mengembalikan Perk yang hilang.

Sword Flay: Serangan jarak dekat akan membunuh teru musuh Basic dan Vermin untuk tempoh itu dan menggandakan serangan sebanyak 5 kali ganda kepada musuh lain.

CTRL-Z: Menambah durasi untuk zombi yang menjadi ally dari 15 saat kepada 30 saat.

Cache Back: Mengurangkan tahap rarity dari Epic kepada Legendary untuk meningkatkan peluang merakan Cache Back lebih kerap.

Phantom Reload: Menggandakan peratusan mendapat ammo percuma.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+