SEM9 dan Todak bergelut mempertahankan slot Grand Final MCPS S4?

Dua pasukan Free Fire tempatan, SEM9 dan Todak dilihat melalui jalan sukar untuk mengekalkan posisi di 12 teratas selepas tiga minggu Kejohanan Majors MCPS musim keempat berjalan.

Organisasi SEM9 mempunyai salah satu pasukan yang terbaik di Malaysia kerana komposisi lebih berpengalaman kerana pernah menjuarai Kejohanan MCP musim lalu. 

Tambahan lagi, pasukan itu juga menerima pujian atas aksi yang menakjubkan di Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua selepas merangkul kejuaraan peringkat liga dan Grand Final.

Namun berdasarkan prestasi semasa di liga Kejohanan Majors MCPS, SEM9 mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan suasana permainan yang berintensiti tinggi.

Bagi kem Todak pula, pasukan itu berjaya mencatatkan tiga Booyah selepas tamat minggu ketiga. Malangnya, hal ini tidak dapat menampung mata pada aksi yang kurang konsisten.

Pada dasarnya, kedua-dua pasukan itu mempunyai latar belakang yang baik. Contohnya, Todak yang pernah mewakili Malaysia ke Play-In Siri Dunia Free Fire 2022 yang lepas.

Berdasarkan statistik kawasan mendarat juga, SEM9 dan Todak tidak mempunyai masalah mempertahankan kawasan masing-masing tetapi cara koordinasi pergerakan dalam permainan yang membataskan momementum kedua-dua pasukan itu.

Kehadiran kembali pemain berstatus ‘bintang’ ke dalam kancah kompetitif seperti barisan pemain Expand, Blacklist International dan Geek Fam seperti memberikan aura tersendiri pada musim kali ini.

Minggu keempat hari pertama menyaksikan Todak dan SEM9 masing-masing di posisi ke-10 dan ke-11 keseluruhan. Jarak mata antara SEM9 dan Bloody Head di posisi ke-13 adalah 25 mata sahaja yang menjadikan persaingan slot Grand Final masih terbuka.

RELATED NEWS

+