Ashi jelaskan kenapa Moyy menjadi jurulatih Todak di MSC 2023

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini, Todak mengumumkan barisan pemain serta staf kejurulatihan yang baharu untuk MSC 2023 di Kemboja.

Lebih mengejutkan kepada ramai bahawa Moyy akan mengisi slot kejurulatihan yang dikosongkan oleh Behave.

Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi dilantik sebagai penganalisis untuk Todak bagi mengharungi kejohanan ini.

Dia menjelaskan kepada MyGameOn bahawa keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusan Todak.

“Kami (Todak) ingin memberikan pengalaman dan ujian kepada beliau (Moyy) membimbing pasukan sebagai seorang jurulatih,” ujar Ashi.

Tambahannya pula, Moyy akan melatih Todak Apprentice selepas ini dan MSC adalah satu platform yang baik untuk Moyy menimba ilmu serta mencari pengalaman.

Ashi pula diberi tanggungjawab menjadi penganalisis di MSC kerana Ajim tidak dapat menyertai kejohanan itu akibat komitmen keluarga.

“Hazim (Ajim) akan terus bertugas dari jauh dan akan selalu berkomunikasi dengan saya dan Moyy,” kata Ashi.

Todak akan mengharungi kejohanan tahunan itu dengan membawa barisan pemain yang mencapai kejuaraan di MPL.

Mereka terdiri daripada Cikugais, Rival, Momo, Yums dan Moon serta Flint yang menjadi pemain simpanan.

RELATED NEWS

+