“Todak perlu melakukan “respect ban” terhadap ECHO” – Coach Rain

Jurulatih Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara, Rain mahu Todak untuk menghormati hero-hero yang boleh dimainkan oleh ECHO dalam pertemuan di antara kedua-dua pasukan itu pada Jumaat ini di Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) 2023.

Rain atau nama sebenarnya iaitu Fikri Aiman berkata kepada MyGameOn bahawa hero-hero itu antara kunci kemenangan kepada pasukan juara dunia itu.

“Sesetengah hero sudah jadi pattern pick untuk ECHO seperti Chou, Fredrinn, Lancelot, Lapu-Lapu dan Yu Zhong,” menurut Rain.

Bukan itu sahaja, dia turut menekankan kepentingan Yums serta Moon untuk menguasai kawasan river untuk Todak menguasai peta di dalam permainan bagi mendapatkan objektif dengan lebih mudah.

Pemain paling bernilai (MVP) di Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Filipina iaitu Sanford menjadi pemain paling berbahaya dan Momo sudah semestinya perlu menjaganya dengan lebih baik.

ECHO mempunyai tabiat untuk melakukan rotasi di EXP Lane serta Gold Lane dalam kebanyakan permainan mereka,” tambah Rain.

Akhir sekali, Rain berpendapat bahawa Ciku perlu diberikan satu set up yang baik untuk dia lebih menyerlah serta mendapatkan kill dengan lebih mudah.

Todak berdepan tugasan berat menentang dengan pasukan yang dipilih ramai iaitu ECHO. Perlawanan mereka akan dijalankan pada hari esok, 16 Jun pada jam 3 petang.

RELATED NEWS

+