Rasy dikeluarkan dari skuad Onic Esports, mungkin ke Alter Ego?

Rasy adalah salah satu tanker dan roamer yang cemerlang di arena e-sukan Mobile Legends. Bermula dengan permainan peranti mudah alih Arena of Valor, pemain yang berasal dari Indonesia ini meraih populariti dengan pantas ketika beralih ke Mobile Legends.

Beliau yang pernah bermain dengan pasukan MDL bagi mewakili Onic Esports dan terus dipindah ke pasukan MPL di atas prestasi beliau yang cemerlang. Sejak dari prestasi yang mengangumkan itu, Rasy berada di dalam skuad utama sehingga musim yang keenam.

Namun begitu, pada musim ketujuh beliau telah direhatkan dan digantikan dengan Kiboy. Ramai netizen beranggapan bahawa keputusan ini dibuat berdasarkan Meta di mana Kiboy lebih versatile dalam menggunakan hero support dan tank serta mempunyai corak permainan yang lebih agresif.

Setelah bermulanya musim kelapan, Onic Esports secara rasminya membuat pengumuman menyingkirkan pemain tanker ini melalui akaun rasmi Instagram mereka. Ramai juga menyangkakan perkara ini bakal terjadi kerana Rasy sudah mula berjinak-jinak dengan Alter Ego. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONIC (@onic.esports)

 Namun ia masih menjadi khabar angin sehinggalah kenyataan rasmi dari pasukan Alter Ego untuk mengesahkan para tersebut.

Mungkin jika Rasy bersama dengan pasukan Alter Ego, pemain berkaliber ini pasti akan dapat memantapkan lagi nama Alter Ego di arena e-sukan Mobile Legends gara-gara kecundang di perlawanan menentang BTR di peringkat playoff MPL Indonesia musim ketujuh.

RELATED NEWS

+