kenyataan rasmi yang disiarkan, stor digital ini ditutup atas sebab pelan rombakan syarikat."> kenyataan rasmi yang disiarkan, stor digital ini ditutup atas sebab pelan rombakan syarikat." /> kenyataan rasmi yang disiarkan, stor digital ini ditutup atas sebab pelan rombakan syarikat." />

Razer Game Store Bakal Ditutup Selepas Kurang Setahun Beroperasi

Selepas beropeasi selama 10 bulan, Razer Game Store akan menutup tirai secara rasmi pada 28 Februari pukul 5 petang (waktu tempatan). Menurut kenyataan rasmi yang disiarkan, stor digital ini ditutup atas sebab pelan rombakan syarikat.

Razer Game Store menawarkan jualan game digital seperti kod kunci Steam dan Uplay. Ia menawarkan tawaran dan ganjaran kepada pengguna.

Pengguna masih lagi boleh bermain game yang dibeli melalui Razer Game Store tetapi pihak Razer mengingatkan pengguna untuk tebus kod kunci Steam dan Uplay sebelum tiba hari penutupan stor. Razer juga turut melunaskan apa-apa pre-order melalui stor ini.

Walaupun Razer Game Store tidak berada di Malaysia secara rasmi, stor digital ini dilancarkan di Lazada pada September tahun lepas. Razer Game Store Malaysia tidak boleh menggunakan matawang Razer zGold dan zSilver. Namun, pengguna boleh membeli game seperti membeli-belah di Lazada dengan menggunakan kad kredit atau membeli kredit di kedai 7-Eleven.

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+