Razer sedang menjalankan ujian beta untuk topeng muka RGB, Zephyr

Topeng muka RGB Project Hazel milik Razer kini rasmi dengan nama Zephyr dan syarikat itu kini membuka pendaftaran kepada komunti jika mereka berminat untuk mencuba sebelum pelancaran rasmi.

Razer berkongsi berita ini di Twitter mengesahkan yang Razer Zephyr ialah evolusi terbaru dalam teknologi permbersih udara boleh-pakai mereka. 

Zephyr direka untuk “selamat, sosial dan lestari” dan ia juga “mempunyai BFE 99%, satu pelindung muka silikon and selaput anti-habuk”. 

Mereka yang berminat untuk mendaftar, anda perlu ke laman Community Beta Test dan masukkan nama anda, negara, emel, media sosial dan sedikit penerangan kenapa anda berminat untuk mencuba. 

Razer sebelum ini mendedahkan konsep topeng muka RGB di CES 2021 pada Januari dan mengesahkannya akan menjadi produk sebenar pada Mac 2021. Razer Zephyr dijadualkan akan dilancarkan pada tahun ini, tetapi CEO Razer, Min-Liang Tan menyatakan ia dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad.

Berita baiknya, Razer merancang untuk implementasikan strategi ‘sales by drop’ di mana, ia akan mempunyai data mereka yang berminat untuk membelinya dan akan memberitahu mereka bila unit tersedia sekali lagi.

Razer Zephyr adalah satu ‘respirator N95 pembedahan’ dan mempunyai daya ketahanan cecair yang mampu melindungi daripada titisan besar dan percikan. Ia menampilkan rekaan lutsinar yang membolehkan orang lain melihat anda bercakap dan menangkap riak muka anda. Teknologi Voiceamp juga tersedia untuk memastikan suara anda tidak tersekat dengan mikrofon dan amplifier terbina.

Ia juga menyokong penapis yang boleh ditukar, ventilator boleh dicas semula, didatangkan dengan bekas yang boleh dicas nirwayar dan penstrilan UV terbina dan nikmati 16.8 juta warna Chroma RGB. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+