Razer dan Kitamen memberi pelaburan terhadap pembangunan esports negara berikutan pengumuman Belanjawan 2019 baru-baru ini.
Syarikat perkakasan permainan terkenal, Razer akan melabur masuk RM10 juta bagi memajukan esports pada tahun 2019.
CEO Razer Min-Liang Tan meluahkan hasratnya untuk sertai Malaysia bagi membangunkan sektor esports melalui laman Twitter peribadinya.
Bro, it’s an incredibly progressive budget for Malaysia to commit MYR10M to esports for the youth and millennials. In light of that, I will also be investing MYR10M for esports in Malaysia in 2019. Let’s bring esports to the next level together!
— Min-Liang Tan (@minliangtan) November 2, 2018
Razer juga aktif dalam pelestarian esports di peringkat antarabangsa mahupun di rantau Asia Tenggara. Syarikat gergasi ini pernah bekerjasama dengan Singtel sebagai penaja rasmi PVP Esports Championship berlangsung di Singapura.
Sehubungan dengan itu, syarikat pengurusan esports Kitamen turut bersama menyokong penuh dalam usaha MDEC dan KBS dalam esports.
Bercakap melalui laman Twitter, CEO Kitamen Hazman Hassan akan menyalurkan pelaburan RM100,000 untuk memajukan pembangunan esports dan gaming di Malaysia pada 2019.
In line with recent attention and interest in our budding esports industry, Kitamen will be allocating RM100,000 investment to help develop esports and gaming grassroots in Malaysia for 2019. Let’s build this beautiful dream #jomkitamen
— Hazman Hassan (@zemang) November 2, 2018
Kitamen juga baru sahaja menandatangi perjanjian MoU bersama Media Prima Digital bagi memperkasakan industri esports tanah air di Level Up KL 2018 pada awal minggu ini.
Kitamen sememangnya sinonim dengan industri esports Malaysia dalam penganjuran program yang mampu menarik minat anak muda dan mencari bakat baru dalam esports.