Selangor XTIV Robotic Esports Skills 2023 kini telah menutup tirai bagi tahun ini.
Fasa kedua acara ini telah diadakan di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh 22 dan 23 Julai iaitu Sabtu dan Ahad lepas.
Pertandingan dengan jumlah wang terkumpul RM 24,000 berakhir dengan dua pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Robotic.
Fasa Dua juga dirasmikan oleh EXCO Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman.
Dengan lebih 1,000 penyertaan di antara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile, Robotics dan Tamiya.
Pemenang bagi pertandingan MLBB adalah pasukan Monster Vicious bagi Fasa 1 dan Academy Perlis bagi Fasa 2.
Manakala untuk PUBG Mobile pula, Minz Poke juara bagi Fasa 1dan Team R2K juara bagi Fasa 2.
Keempat-empat pasukan telah berjaya mendapatkan RM2,000 sebagai juara pertandingan e-sukan.
Objektif program ini nyata terbukti memberi banyak makna dan pelbagai informasi dan pengajaran e-sukan telah dibuat.
Malah beberapa sesi perkongsian juga membantu untuk rakan pelajar supaya lebih mengetahui mengenai industri e-sukan di Malaysia.
Organisasi e-sukan terkenal Todak, juga membawa Todak Academy untuk berganding bahu mengadakan bengkel e-sukan.
Jemputan dari pihak industri dengan pelbagai topik dari kerjaya e-sukan, kesihatan bermain permainan video, bagaimana menjadi pengulas dan pelbagai lagi.
Bakat-bakat anak muda dalam e-sukan juga berjaya ditunjuk dan dipupuk supaya mereka boleh maju lebih untuk ke peringkat lebih tinggi.
Setiap aspek positif e-sukan juga telah dibawa untuk ramai belia yang menyertai program ini.
Selangor XTIV 2023 adalah program tahunan anjuran Y.B Mohd Khairuddin bin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan, & Modal Insan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor untuk memberi peluang kepada belia dan pelajar tempatan.