Red Dead Online ‘diambil alih’ oleh kuda

Kemaskini terbaru Red Dead Online baru-baru ini telah mengakibatkan berlaku glitch pada permainan itu di mana, kuda amuk tanpa henti berlari dan mengakibatkan kekacauan, selain mati di beberapa tempat secara rawak.

Dilaporkan di Kotaku, kemaskini Blood Money hanya kemaskini kecil menambah misi rompakan pelbagai peringkat dan pas Outlaw terbaru, tetapi pemain mula perasan akan tindak-tanduk kuda yang aneh.

Sesetengah pemain juga melaporkan menjumpai klon kuda milik mereka di tengah-tengah peta RDO. Dalam contoh lain, seekor kuda menyelamatkan pemain yang mirip Fat Albert dari terjatuh daripada bukit.

Terdapat juga bug melibatkan kandang kuda, di mana apabila pemain masuk ke kandang, kuda melarikan diri di dalam cutscene.

Ada teori menyatakan hal ini berlaku akibat pemain mengabaikan kuda mereka sebelum keluar daripada permainan.

Walaubagaimana pun, amukan kuda ini kemungkinan akan dikeluarkan daripada RDO kelak, tetapi kesan pada dunia permainan akan kekal selamanya. 

RELATED NEWS

+