Red Dead Redemption 2 Bakal Ada Online Multiplayer – Beta Red Dead Online Keluar Pada November

Rockstar Games mengumumkan Red Dead Online iaitu mod multiplayer untuk Red Dead Redemption 2.

Melihat kepada populariti GTA Online, pelancaran Red Dead Online berharap untuk mengulangi kejayaan yang sama.

Red Dead Online merupakan salah satu cabang komponen online seakan sama seperti GTA Online. Mod multiplayer ini akan mengolah gameplay kompetitif tersedia dalam mod single-player dan menggabungkan latar belakang dunia luas zaman koboi di mana pemain boleh terokai secara solo ataupun bersama rakan-rakan.

Public beta Red Dead Online akan dilancarkan pada bulan November 2018 iaitu sebulan selepas pelancaran Red Dead Redemption 2.

Kaedah ini memberikan ruang masa cukup untuk pemain menghabiskan dulu mod single-player Red Dead Redemption 2 sebelum korang bergerak masuk ke dalam mod multiplayer.

Walaupun Red Dead Online masih lagi dalam fasa perancangan, Rockstar Games memberi peringatan awal kepada pemain bahawa pemain akan bertembung beberapa komplikasi atau masalah dalam peringkat awal mod online ini.

Hal ini kerana Rockstar Games pernah mengalami masalah server teruk semasa GTA Online dilancarkan pada tahun 2013. Namun, GTA Online berjaya menjadikan Grand Theft Auto 5 lebih laku berbanding buku, filem dan muzik popular lain sehingga mencatat pulangan berlipat kali ganda sebanyak USD$6 billion.

Akses untuk Red Dead Online adalah percuma bagi semua pemilik Red Dead Redemption 2 di PS4 dan Xbox One.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober 2018 di PS4 dan Xbox One.

Sumber: Rockstar Games

RELATED NEWS

+