RED Esports dan EBLZ tidak berjaya ke playoffs

Peringkat playoffs MPL MY musim kelapan akan bermula pada minggu hadapan. Lapan pasukan akan bertanding di antara satu sama lain untuk merebut gelaran juara.

Di dalam saat kegembiraan terukir di wajah pasukan yang layak. Namun, malang sekali buat pasukan RED Esports dan juga SDGR EBLZ.

Mereka tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat playoff. Jumlah mata yang dipungut oleh pasukan EBLZ sebanyak 7 jauh ditinggalkan oleh pasukan yang lain.

Manakala pasukan RED Esports pula harus bersaing dengan Team Bosskurr tempoh hari bagi memaksa pusingan tiebreaker.

Namun begitu, Bosskur lebih bersinar selepas mereka berjaya menewaskan raja kumpulan A iaitu Orange Esports dengan skor 2-1. RED Esports pula tewas dengan juara musim ketujuh, RSG MY dengan skor 0-2.

Nantikan perlawanan pusingan playoff pada 15 sehingga 17 Oktober ini. Siapakah yang akan merangkul juara untuk musim kelapan ini? Nyatakan pasukan kegemaran anda di ruangan komen.

RELATED NEWS

+