Red Esports terus mengejar mata ke Playoff

Red Esports dan Team Bosskurr harus bersaing mengumpul mata bagi melayakkan diri ke peringkat playoff.

Pasukan Red kini berada di kedudukan terakhir kumpulan B dengan mata terkumpul sebanyak 9. Manakala pasukan Bosskurr mengumpul 11 mata.

Pasukan Red Esports bertemu dengan pasukan EBLZ pada perlawanan pertama mereka di minggu kelapan. 

Kedua-dua pasukan seri dan perlawanan ketiga akan terus berlangsung untuk menentukan pemenang.

Pasukan EBLZ mengalami kesukaran pada perlawanan ketiga, mereka diasak berulang kali oleh pasukan Red Esports. 

Mal yang menggunakan Lancelot sering memberikan tekanan kepada ahli pasukan EBLZ dan beliau berjaya mendapatkan Lord pada minit ke-10.

Ternyata burst damage dari Lancelot digunakan Mal sangat tinggi dan terus meratakan pasukan EBLZ. Kemenangan menjadi milik Red Esports pada minit ke-14.

 

RELATED NEWS

+