Remaja 14 tahun salah seorang juruanimasi untuk Spider-Man: Across the Spider-Verse

Preston Mutanga mungkin tidak dikenali ramai tetapi dia menjadi antara juruanimasi untuk siri hebat Spider-man Across the Spider-Verse.

Mutanga adalah seorang remaja 14 tahun dari Toronto, Canada.

Dia berjaya menarik minat pengarah Chris Lord dan Phil Miller apabila berjaya mencipta trailer Spider-Man: Across the Spider Verse versi Lego.

Trailer 1

Trailer 2

Akibat terlalu kagum dengan bakat Mutanga, dia mendapat peluang untuk mencipta satu babak Spiderman di dunia Lego.

Walaupun filem ini mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan, Dos Santos (Pengarah Bersama) mengambil keputusan untuk memasukkan pereka filem muda ini untuk menganimasikan babak Lego.

Sudah semestinya peluang dan masa hadapan Mutanga sangat cerah dan banyak lagi animasi Lego yang akan dihasilkan olehnya nanti.

RELATED NEWS

+