Cikgu hadiahkan Playstation 5 kepada pelajar Straight A dalam SPM

Seorang cikgu baru-baru ini tular selepas menghadiahkan Playstation 5 kepada pelajar cemerlang sekolahnya.

Cikgu yang dikenali sebagai Siva Gopalakrishnan memberikan sebuah Playstation 5 kepada pelajar itu selepas memperoleh keputusan Straight A dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Beliau menghadiahkan konsol itu kerana pelajar itu mempunyai minat dalam bermain permainan video.

Bukan itu sahaja, beliau turut bangga dengan pencapaian pelajarnya yang turut meraih A dalam subjek yang diajarnya iaitu Matematik Tambahan.

Siva turut memuji sikap pelajar ini yang bersifat rendah diri serta rajin dalam menuntut ilmu.

Menurut Datuk Pkharuddin Ghazali yang juga Ketua Pengarah Pendidikan menyatakan bahawa 10,109 ataupun 2.7 peratus pelajar meraih Straight A. 

Kami di MyGameOn ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2022.

RELATED NEWS

+