Review: Tetris Effect Adalah Jelmaan Tetris Yang Sempurna

Apabila koleksi PlayStation 4 penuh dengan game bertaraf Triple-A, sebenarnya kita boleh katakan pada diri sendiri, why not take a break dan cuba main game yang lebih kasual dan leisure?

Di sinilah letaknya identiti Tetris Effect, permainan dibangunkan Resonair dan Monstars ini sangat addictive tanpa perlu mencuba sangat untuk memuaskan hati gamers. Ia bersahaja, menampilkan mekanisme Tetris asal dan menggabungkan visual serta muzik yang imersif untuk membuatkan sesiapa saja jatuh hati.

Lebih seronok, hasil sentuhan Tetsuya Mizuguchi ini penuh pengalaman baru dan sesuai dimainkan semua peringkat usia (terutamanya mereka yang mempunyai abang, kakak, adik dan ibu bapa di rumah), Tetris Effect terasa seperti versi moden untuk permainan klasik Tetris.

Terdapat banyak stage untuk diterokai.

Dalam mod Journey, korang akan dibawa ke pengembaraan merentasi 27 peringkat yang mana setiap satunya ada tema tersendiri dan muzik berbeza. Dengan menyiapkan satu stage berbekalkan skor yang menarik, korang akan mara ke peringkat seterusnya dan akan menemui landskap berlainan seperti gunung berapi, lautan, dan juga windmills.

Mod ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk dihabiskan. Kadang-kadang penulis rasa satu peringkat itu sangat mudah dimainkan dan adakalanya sangat susah, banyak cabaran teknikal. Korang juga boleh main berulangkali dengan tahap kesukaran dan mod berbeza lepas menyiapkannya.

Terasa seperti dalam lautan.. muziknya sangat imersif dan mendayu

Tetris Effect sangat bijak untuk buatkan penulis terus kekal memegang controller, cuba menukar posisi tetriminos, dan menjatuhkannya ke lantai. Menekan butang arrow atas adalah untuk mereka yang mahir atau terasa yakin kerana ia akan terus menjatuhkan tetriminos. Butang arrow bawah pula akan mempercepatkan pergerakan tetriminos ke lantai.

Apa yang paling menarik? Semestinya kombo yang dilakukan. Setiap kombo terasa sangat puas hati kerana ia akan memberi kesan kepada muzik. Tapi tentunya ia akan jadi lebih imersif kalau digandingkan dengan Virtual Reality (VR).

Selain mod Journey, penulis juga mencuba mod Effect. Ia mempunyai pelbagai cabaran yang jatuh dalam kategori berbeza, sesuai untuk korang ingin kelainan dan bereksperimentasi dengan effect dan momentum berbeza untuk setiap cabaran.

Sebagai contoh, ada mod Marathon untuk mereka yang inginkan kelajuan. Mod ini sangat seronok kerana ia menunjukkan tetriminos seterusnya yang akan dimasukkan jadi korang boleh bersiap sedia untuk rangka strategi. Salah satunya, mod ini perlukan korang selesaikan 300 barisan dalam masa paling pantas.

Mod Purify

Mod Spring pula perlukan korang selesaikan 40 barisan dalam masa diberikan. Tak dilupakan juga mod baru Purify, untuk korang bunuh tetriminos yang dijangkiti secepat mungkin. Ia lebih terasa seperti Candy Crush yang sudah di level sangat tinggi di mana penulis perlu hilangkan gula-gula yang berbeza dari gula-gula lain. 

Sebenarnya ia memberi rasa yang moden kepada Tetris ini kerana penulis boleh merasai elemen-elemen permainan kasual masa kini diterap masuk. 

Mod All Clear pula membuatkan penulis ingin menjadi pemain yang taknak buat mistake dah. Setiap stage akan susunkan tetriminos secara rawak jadi saya perlu selesaikan setiap barisan dengan menukar bentuk tetriminos. Yang penting kena cepat sebab jam berdetik. Tapi ganjarannya, akan ada tambahan masa kalau barisan diselesaikan. All Clear ini menunjukkan dekat mana kesilapan saya dalam mod lain jadi kalau korang rasa susah nak dapat SS, cuba mod ni untuk betulkan kesilapan menyusun tetriminos ya!

Kalau korang rasa itu tak cukup untuk buat korang comeback, setiap hujung minggu akan ada cabaran untuk pemain menyelesaikan beberapa barisan untuk unlock avatar baru digunakan di profil jadi ada sebablah untuk main Tetris Effect walaupun korang sedang berhujung minggu sakan!

Terdapat banyak lagi mod sebenarnya. Dan penulis boleh katakan, kesemuanya mempunyai tarikan dan cabaran tersendiri.

Secara keseluruhannya Tetris Effect adalah permainan yang unik dan tersendiri. Ia tak perlu bersaing dengan permainan kasual lain untuk berjaya. Ia hanya menggunakan gabungan visual, muzik dan mekanisme Tetris klasik untuk menjadikannya sangat ketagih (in a good way). Lebih seronok lagi kalau dimainkan menggunakan VR. 

Berharga RM129, korang boleh belinya secara digital di PlayStation Store, atau dapatkan versi fizikal di mana-mana pengedar rasmi PlayStation yang berdaftar. Selamat Bertetris!

Nota: Kod permainan untuk Tetris Effect diberikan oleh Enhance Experience.

RELATED NEWS

+