Tetris Effect Bakal Tiba Di PC Khas Untuk Epic Games Store

Tetris Effect akhirnya hadir ke PC eksklusif di Epic Games Store.

Game karya Tetsuya Mizuguchi mengolah Tetris klasik dengan menambahkan efek visual dan lagu-lagu syok sambil menyusun blok Tetris. Untuk versi PC, korang boleh mengubahsuai resolusi dan framerate serta pelbagai lagi opsyen grafik berbanding keluaran PS4.

Pembangun, Enhance Games berkata ia akan menyokong peranti VR seperti HTC Vive atau Oculus Rift dengan controller yang didatangkan bersama. Korang pun boleh main guna keyboard dan controller juga.

Baca lagi – Review: Tetris Effect Adalah Jelmaan Tetris Yang Sempurna

Tetris Effect bakal dilancarkan di Epic Games Store pada 23 Julai. Bagi mereka yang buat pra-tempah, korang dapat diskaun 20% dan barangan percuma seperti wallpaper dan 7 contoh lagu disertakan dalam soundtrack.

Sumber: The Verge

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+