Facebook."> Facebook." /> Facebook." />

Rezeki Adik Nafis buat gaming chair sendiri, dapat gaming chair betul

Rezeki remaja kreatif bernama Nafis Danish membuat gaming chair sendiri dari kotak dan melekatnya kepada kerusi plastik. Nafis Danish baru-baru ini viral di sebuah group PC di Facebook.

Post Facebook ini dibuat oleh Haizat Zul.

Adik Nafis menggunakan kotak dan menukarkan kerusi plastik miliknya kepada sebuah gaming chair.

Image from HaiZat Zul (Facebook)

Rezeki pula memihak kepadanya apabila Tomaz, jenama fesyen terkenal di Malaysia menganugerahkan Haizat sebuah kerusi Tomaz Blaze X Pro Gaming Chair yang berharga RM499.

Pemilik Tomaz, Thomas Teoh sendiri menghantar gaming chair itu kepada Nafis di rumahnya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by nafis danish (@nafis_danish08)

Haizat memberitahu SAYS bahawa dia dan Nafis berjiran dan Nafis dikatakan mempunyai hobi untuk membina sesuatu.

Nafis juga memberitahu dia tidak dapat bermain permainan video kerana PC yang dimilikinya tidak mencapai spesifikasi minimum dan hanya menggunakannya untuk menonton Youtube dan menggunakan internet.

“Saya cuma membuat gaming chair sendiri secara suka-sukan namun tidak sangka akan medapat gaming chair betul,” katanya.

Betul lah orang cakap rezeki ada dimana-mana.

Sumber: SAYS

RELATED NEWS

+