Riot Games Asia Tenggara umumkan Challenger Playoff bagi VALORANT Champion Tour 2021: Stage 3

Berikutan peningkatan kes COVID-19 serantau, perlawanan Playoff bagi VCT Stage 3 – Challenger SEA terpaksa ditangguhkan sehari demi mengutamakan faktor keselamatan dan kesihatan pasukan dan krew termasuk peserta-peserta yang terlibat. 

Perlawanan Playoff bagi peringkat kumpulan kini akan diadakan pada esok sehingga 16 Ogos. Walaubagaimanapun, tarikh bagi perlawanan akhir Playoff masih kekal pada 19-22 Ogos, termasuk format perlawanan dan barisan pengulan yang sama. 

Bagi VCT Stage 3 ini, 16 pasukan akan bersaing merebut salah satu slot untuk mewakili Asia Tenggara bagi kejohanan Master 3: Berlin yang akan berlangsung pada September ini bagi merebut gelaran Juara VALORANT. 

Berikut ialah 16 pasukan yang akan berlawan untuk merebut dua slot ke Master 3: Berlin:

Perlawanan Playoff akan berlangsung selama dua hujung minggu. Bagi minggu pertama (13-16 Ogos), setiap kumpulan akan menentukan dua pasukan terbaik, di mana 4 kumpulan ini akan bertarung menggunakan format ‘single round robin’.

Bagi minggu kedua (19-22 Ogos), dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan bersaing di dalam peringkat akhir Playoff, di mana dua pasukan akan dinobatkan sebagai pemenang dan akan mewakili Asia Tenggara bagi kejohanan Master 3: Berlin nanti.

Selain itu, 16 pasukan ini juga bersaing untuk merebut hadiah berjumlah AS$100,000 serta jumlah mata kejuaraan sebanyak 260 mata.

Bagi peminat VALORANT tempatan, anda boleh menyaksikan perlawanan bermula esok pada 11.00 pagi waktu tempatan (GMT+8), secara langsung di saluran Bahasa Inggeris iaitu Twitch PPGL dan Twitch VALORANT. Berikut adalah senarai saluran bagi lain-lain bahasa:

Untuk maklumat dan jadual yang terperinci anda boleh layari laman VALORANTesports.com.

RELATED NEWS

+