Riot Games beritahu pekerja untuk kembali ke pejabat tanpa pelitup muka atau keperluan vaksin

Pembangun League of Legends, Riot Games kini memohon pekerja mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk kembali ke pejabat dan termasuk  pekerja yang tiada vaksinasi tanpa perlu memakai pelitup muka.

Namun, keputusan ini membuat ramai pekerja Riot Games marah.

“Ini adalah polisi tidak berguna dan dibuat secara terburu-buru tanpa memikirkan keselamatan,” ujar salah seorang pekerja Riot.

Ketua Pegawai Keselamatan RIot Games, Christopher Hymes mengesahkan polisi itu yang tidak lagi menguatkuasakan pemakaian pelitup muka.

Walaupun tidak memakai pelitup muka, setiap pekerja perlu membawa tag RFID untuk pengesanan (contact tracing).

Setakat ini, Riot mahu semua staf mereka untuk kembali ke pejabat.

Sumber: Vice

RELATED NEWS

+