Riot Games berwaspada penipuan menggunakan perkakasan di VALORANT

Penganalisis Anti-Cheat di Riot Games, Matt ‘K3O’ Paoletti, baru-baru ini berkongsikan apa tindakan terkini daripada pihak Riot dalam menangangi isu penipuan di dalam  VALORANT. 

Melalui blog yang ditulis di PlayVALORANT, beliau menyatakan sepanjang Act III ini penipuan menggunakan perisian sudah mula menurun dengan mendadak berbanding musim-musim lalu. Namun, masih terdapat usaha penipuan yang berlaku di beberapa rantau lain. 

Selain itu, mereka juga masih khuatir dengan kebarangkalian terdapat teknik-teknik lain dalam usaha penipu ini untuk menipu di dalam permainan seperti penggunaan perkakasan. Perkakasan ini digunakan untuk melangkau perisian perlindungan dan mengelak daripada dikesan sistem Vanguard.

Buat masa ini, pihak Riot tetap akan menantikan sebarang laporan daripada pemain jika terdapat usaha penipuan yang berlaku di dalam permainan. 

Untuk Act akan datang, mereka akan terus usaha untuk menambah baik Vanguard selain usaha mengurangkan isu akaun dicuri, boosting dengan berkongsi akaun dan wintrading.

Sumber: AFK Gaming, PlayVALORANT

RELATED NEWS

+