Riot Games China umumkan Wild Rift Spark Invitational 2021

Riot Games China, baru-baru ini mengumumkan kejohanan esukan, League of Legends: Wild Rift Spark Invitational 2021 yang akan berlangsung bermula 17 Ogos ini.

Pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara akan kemudiannya bersaing di Wild Rift World Championship akan datang, dan pasukan dua teratas akan sertai Kelayakan Wild RIft Professional League (WPL) China.

Kejohanan itu akan berlangsung bermula 17 Ogos hingga 22 Ogos melibatkan 16 pasukan Non-LPL atau yang tidak menyertai Pusingan Kelayakan League of Legends Professional League (LPL). Pasukan terbaik akan mendapat tempat di pusingan kelayakan LPL dan juara akan mewakili China untuk WPL.

Kejohanan pertama anjuran Riot Games di China ini akan mempertandingkan 16 pasukan yang dibahagi kepada 4 kumpulan dengan format round-robin BO3. Buat masa ini Riot China masih tiada berita mengenai pusingan Playoff. 

Selain itu, Spark Invitational 2021 ini juga memperlihatkan pasukan yang cukup terkenal dalam permainan lain. Misalnya, pasukan PUBG Mobile – Four Angry Men, Da Kun Gaming, Nova Esports China, pasukan LOL PC – J Team dan Kuai Show Legends yang merupakan pasukan Arena of Valor.

Sumber dan foto: GamingonPhone

RELATED NEWS

+