Riot Games mengumumkan VALORANT Last Chance Qualifier bagi Asia Pasifik

Riot Games baru-baru ini mengumumkan Last Chance Qualifier bagi Asia Pasifik (APAC).

Sepanjang 2021 ini, pasukan seluruh dunia bersaing mengumpul mata VCT untuk mendapatkan kelayakan ke kejohanan itu. Di mana, kejohanan Stage 3 Master Berlin yang akan berlangsung pada September nanti akan menjadi peluang terakhir mereka untuk mengumpul mata berasaskan prestasi.

Namun, ianya masih belum cukup untuk mereka layak untuk kejohanan Champion. 

Sumber: PlayVALORANT, Riot Games

Bagi Last Chance Qualifier APAC akan menyaksikan 10 pasukan daripada negara serantau iaitu wakil daripada Asia Tenggara, Asia Selatan, China, Korea dan Jepun akan bertarung di braket penyingkiran berganda, untuk menentukan wakil Asia Pasifik di kejohanan Champion pada Disember nanti.

Antara pasukan yang diperuntukkan ialah:

  • Asia Tenggara – 2
  • China – 2
  • Korea – 2
  • Jepun – 2
  • Asia Selatan – 1

Kejohanan LCQ ini akan berlangsung daripada 13 hingga 17 Oktober tahun ini dan maklumat terperinci mengenai format kejohanan akan diumumkan kemudian. 

Untuk perkembangan mengenai VALORANT sila layari laman rasmi mereka di SINI.

RELATED NEWS

+