Riot melantik bekas eksekutif Netflix untuk bangunkan filem original, rancangan TV dan animasi

Riot Games kini bekerjasama dengan bekas eksekutif Netflix untuk terus membangunkan bahagian hiburan mereka. 

Brian Wright kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Kandungan bagi Riot. Wright akan membantu dalam pembangunan filem original, rancangan TV dan projek animasi untuk Riot Entertainment. Tambahan, Riot menyatakan, tugas Wright adalah menghubungkan industri permainan video dengan hiburan.

Semasa di Netflix, Wright bertugas dengan membawa lebih banyak kandungan original ke platform itu, seperti Stranger Things, 13 Reasons Why dan banyak lagi. 

Riot Games yang terkenal dalam pembangunan League of Legends dan VALORANT, dan syarikat itu dalam proses pembikinan Arcane, iaitu sebuah siri animasi di dalam dunia League of Legends. Arcane akan ditayangkan di Netflix pada musim luruh ini.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+