Riot memperlihatkan game LoL Esports Manager

Selepas diumumkan pada 2019, Riot Games kini memperlihatkan permainan yang sedang dibangunkan mereka, LoL Esports Manager yang membolehkan peminat League of Legends menubuhkan organisasi e-sukan mereka tersendiri. 

Didedahkan melalui ciapan Twitter, Kate Han, penerbit global Lol Esports Manager memperlihatkan beberapa mekanik permainan, termasuk bagaimana pemain bermain dengan roster mereka sendiri.

Permainan ini dilihat seperti sebuah permainan gacha, di mana pemain perlu memperoleh karakter-karakter tertentu menggunakan matawang dalam permainan atau duit sebenar. Karakter-karakter itu akan dikategorikan mengikut ‘rarity‘, di mana karakter superstar adalah paling sukar untuk didapatkan.

LoL Esports Manager sepatutnya dilancarkan pada 2020 sebelum ia ditunda oleh Riot. Namun, selepas trailer ini ditayangkan, tarikh baru untuk pelancaran masih belum diumumkan. 

Sumber: DotEsports

RELATED NEWS

+