Riot umum perancangan untuk VCT 2022

Berakhirnya VALORANT Champions pada 13 Disember baru-baru ini, maka berakhirlah musim VALORANT Champions Tour (VCT) bagi 2021.

Oleh hal itu, pihak Riot Games telah memperlihatkan peta jalan awal bagi kejohanan-kejohanan yang akan berlangsung sepanjang VCT 2022.

Bagi VCT 2022, pihak Riot menjanjikan penambahbaikan pada format perlawanan Challenger yang direka agar lebih konsisten untuk para pemain profesional dan mengujakan para peminat. 

Mereka juga akan memperkenalkan perlawanan liga berasaskan negara untuk mencari bakat-bakat baharu yang akan dimulakan di Eropah sebelum dikembangkan di seluruh negara.

Musim 2022 akan dimulakan dengan perlawanan Challengers yang dijadualkan akan bermula pada 1 Februari 2022 sebagai kelayakan untuk mara ke kejohanan Masters pertama pada April.

Sebarang maklumat mengenai kejohanan VALORANT anda boleh ikuti perkembangan mereka di laman sosial mereka di Twitter, Facebook, Instagram dan YouTube.

Sumber: VALORANT Esports

RELATED NEWS

+