Rippo."> Rippo." /> Rippo." />

Rippo cuti sebulan setengah, nak rehat

Sebelum ini, kita tertanya-tanya tentang Instagram Story pemain profesional Mobile Legends kelahiran Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo.

Beliau dilihat membawa sebuah beg untuk pergi menaiki kapal terbang dan rakan-rakan beliau di Bigetron Alpha mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan beliau selamat di dalam perjalanan menuju ke destinasi.

Persoalan itu kini terjawab selepas Rippo mengesahkan kepada pihak MyGameOn bahawa beliau akan bercuti panjang selama sebulan setengah untuk merehatkan diri buat sementara waktu dari arena kompetitif Mobile Legends.

“Saya mengambil cuti selama sebulan setengah di Malaysia, niat ingin refresh kembali fikiran,” ujar beliau.

Ketika artikel ini ditulis, Rippo sudah pun selamat tiba di Malaysia dan kini menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Ramai pemain pilih untuk berehat sementara kerana menjadi seorang pemain profesional ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi serta kekuatan mental.

Semoga Rippo akan kembali bersemangat bersama pasukan BTR untuk musim Liga Profesional (MPL) ID yang seterusnya.

Rippo sangat dikenali dalam komuniti Mobile Legends di Indonesia kerana sifatnya yang mudah bercanda dan kerap melakukan taunting yang dilihat sebagai lawak jenaka ke atas pihak lawan.

RELATED NEWS

+