Rippo selesa menyarungkan jersi Bigetron Alpha

Kelihatan pemain Malaysia kita, Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo selesa menyarungkan jersi pasukan Indonesia, Bigetron Alpha seperti yang disaksikan di Instagram.

Dalam satu posting rasmi dikeluarkan ONE Esports itu, Rippo tampil bersama lima lagi rakan sepasukannya, Kyy, Bravo, Branz, Taka dan Dreams.

Artikel berkaitan: Rippo dilaporkan menyertai Bigetron Alpha

Bigetron Alpha layak ke Final ONE Esports Mobile Legends Invitational yang akan bermula pada 1 hingga 5 Julai ini di Jakarta, Indonesia.

Mereka menewaskan Aura Blaze, Aura Flame, Geek Fam dan Siren Esports sebelum bertembung Alter Ego di final kelayakan Indonesia bagi kejohanan tersebut.

Indonesia baru saja menghabiskan kelayakannya pada 2 hingga 3 Mei lalu. 

Manakala Malaysia dan Singapura akan mempunyai kelayakan pada 9 – 10 Mei dan Myanmar, Thailand & Laos (16 – 17 Mei) serta Filipina (23 -24 Mei) ini.

12 pasukan akan berentap di final yang mana enam daripada daripada kelayakan dan enam lagi akan dijemput terus oleh ONE Esports.

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+